Isnin, 31 Oktober 2011

Untuk renungan semua rakan-rakan

Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu.

Mungkin ramai menyangka perbuatan menyebarkan berita fitnah sekadar satu kesalahan kecil. Sebab itu, perbuatan seumpamanya dilakukan seperti tiada apa merugikan.

Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Jumaat, 28 Oktober 2011

Sejarah Imam Besar As-Syafei

IMAM BESAR AS-SYAFEI

Nama lengkapnya Abu Abdullah bin Idris As-Syafie Al-Mutthalibi Al-Quraisyi. Lahir di Gazza, Palestin pd tahun 150 H, tempat wafat Hasyim nenekanda Rasulullah SAW. Ketika masih anak2, ayahnya meninggal dunia. Ia diasuh oleh ibunya. Kehidupannya sangat sulit. Ketika berumur 2 tahun dibawa ke Makkah dan belajar di sana. Ia rajin belajar dan cerdas. Semua ilmu yg diperolehnya dicatatnya pd tulang2 hingga penuh satu ruangan. Umur 7 tahun telah hafal Al-Quran, umur 10 tahun hafal kitab Hadith "Al-Muwathta" karangan Imam Malik, dan umur 15 tahun telah diizinkan memberi fatwa. 

Di antara gurunya di Makkah, Soufyan bin Uyainah dan mufti Muslim bin Khalid Az-Zanji. Umur 20 tahun pindah ke Madinah, memperdalam ilmunya dengan belajar kepada Imam Malik. Kemudian berangkat ke Iraq, menemui sahabat2 Abu Hanifah dan mengambil ilmu dari mereka. Mengadakan perjalanan ke Parsi, Iraq bahagian Utara dan berbagai negara. Setelah 2 tahun mengembara, menetap di Madinah selama 2 tahun. Dari perjalanan ini, ilmu pengetahuan dan pengalamannya bertambah terutama mengenai masalah kehidupan dan tabiat manusia. 

Pada tahun 195 H, pindah ke Baghdad, mengajar dan mengarang beberapa kitab. Selama 2 thn di situ, ramai orang berpindah mazhab kepadanya. Pendapatnya selama di Baghdad dinamakan dengan "Qaul Qadim" (pendapat lama). Kemudian pindah ke Makkah dan sesudah 2 thn di situ, pd tahun 198 H, kembali menetap di Baghdad, kemudian ke Mesir dan memperdalam ilmunya di perguruan tinggi Al-Azhar, Kaherah. Pendapat dan fatwanya selama di Mesir dinamakan "Qaul Jadid" (pendapat baru). 

Syafie adalah seorang imam mutjahid yg banyak diikuti alim ulama, Wali yg soleh, seorang suku Qiraisy yg amat dalam ilmu pengetahuannya, terutama mengenai hadith. Dialah yg dimaksudkan Rasulullah SAW dgn sabdanya, "Dialah orang alim dari suku Quraisy yang ilmunya memenuhi seluruh tingkatan bumi". Ia pernah melihat Nabi SAW dan beliau memberinya sebuah neraca. Peristiwa itu ditafsirkan orang bahawa mazhabnya adalah paling adil di antara semua mazhab, dan lebih sesuai dgn sunnah. 

Imam Ahmad menyatakan bahawa Syafie membahagi malam itu kepada 3 bahagian: sepertiga utk solat (ibadah) sepertiga utk ilmu dan sepertiga utk tidur. Dalam sehari semalam membaca Al-Quran satu khatam dan pada bulan Ramadan dua khatam. Semuanya itu dibacanya dalam solat. Syafie pernah berkata "Aku tidak pernah makan kenyang sejak berumur 16 tahun, kerana banyak makan itu akan memberatkan badan, mengeraskan hati, mengurangi kecerdasan, menumpulkan otak, membawa kepada tidur dan melemahkan kemahuan utk beribadah. Aku tidak pernah bersumpah seumur hidup, baik utk kebenaran mahupun tidak". Beliau wafat pada waktu Asar, hari jumaat bulan Rejab 204 H, dan dikebumikan di Qarafah. Beberapa tahun kemudian orang ingin hendak memindahkan jenazahnya ke Baghdad. Tetapi ketika kuburannya dibongkar, terciumlah bau yg harum dari dalamnya, sehingga pemindahan jenazahnya itu dibatalkan. 


Malaikat Maut dengan Roh

Tersebut dalam sebuah hadis bahawa apabila Allah SWT mengkehendaki seseorang mukmin itu dicabut nyawanya, maka akan datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut ruh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut ruh orang ini melalui jalan ini, kerana orang mukmin ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah SWT." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah SWT dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu lalu Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat mau, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain"


Sebaik sahaja malaikat maut mendapat perintah Allah SWT, maka malaikat maut pun cuba mencabut ruh orang mukmin itu dari arah tangan, tetapi keluarlah sedekah dari tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluarlah penulisan ilmu maka berkata tangan : "Tidaklah ada jalan bagimu untuk mencabut ruh orang mukmin ini dari arah in, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini juga menulis ilmu pengetahuan.


Oleh kerana malaikat maut gagal lagi untuk mencabut ruh orang mukmin itu dari arah tangan, maka malaikat maut mencuba pula dari arah kaki, malangnya malaikat maut juga gagal melakukannya sebab kaki berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila malaikat maut gagal mencabut dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga, sebaik sahaja malaikat maut menghampiri telinga, maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini, kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Qur'an dan Zikir".


Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut ruh orang mukmin itu dari arah mata, tetapi baru sahaja beliau hendak menghampiri mata, maka mata pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini, sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitb-kitab" Apabila malaikat maut gagal menjalankan perintahnya, maka dia pun kembali kepada Allah SWT dan memberitahu masalah yang dihadapinya walaupun semua cara telah dilakukan.


Kemudian Allah SWT berfirman yang bermaksud : "Wahai malaikatKu, tulislah AsmaKu1 di telapak tanganmu dan tunjukkanlah kepada ruh orang yang beriman itu."
Sebaik sahaja mendapat perintah Allah SWT, maka malaikat maut pun pergi menghampiri ruh orang itu dan menunjukkan Asma Allah SWT, sebaik sahaja ruh melihat Asma Allah, (terbitlah rasa) kecintaannya kepada Allah SWT, maka keluarlah ruh tersebut dari arah mulut dengan tenang dan damai.

 

Khamis, 27 Oktober 2011

ALLAH MENCIPTAKAN MALAIKAT JIBRIL

Telah bersabda Rasulullah S.A.W bahawa, "Sesungguhnya Allah telah menciptakan malaikat Jibrail dengan bentuk yang sangat elok. Jibrail mempunyai 124,000 sayap dan di antara sayap-sayap itu terdapat dua sayap yang berwarna hijau seperti sayap burung merak, sayap itu antara timur dan barat. Jika Jibrail menebarkan hanya satu daripada beberapa sayap yang dimilikinya, maka ia sudah cukup untuk menutup dunia ini".

Setelah memandang dirinya yang tampak begitu indah dan sempurna, maka malaikat Jibrail pun berkata kepada Allah, "Wahai Rabbku, apakah Engkau menciptakan makhluk lain yang lebih baik daripada aku?" Kemudian Allah pun menjawab pertanyaan malaikat Jibrail, "Tidak". Mendengar jawapan Allah, maka malaikat Jibrail pun berdiri dan melakukan solat dua rakaat untuk bersyukur kepada Allah. Pada setiap rakaat solat yang dikerjakan oleh malaikat Jibrail, dia menghabiskan masa selama 20,000 tahun lamanya.

Setelah malaikat Jibrail selesai melaksanakan solatnya, kemudian Allah pun berfirman kepadanya, "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah Aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh dan tidak ada seorang pun yang menyembahKu seperti ibadah yang kamu lakukan, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia, yang paling Aku cintai bernama Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa.

Seandainya mereka mengerjakan solat dua rakaat walau hanya sebentar dan dalam keadaan lupa serta serba kurang, dengan pikiran yang melayang-layang dan dosa mereka pun besar, maka demi kemuliaanKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu lebih Aku sukai daripada solatmu. Hal tersebut kerana mereka telah mengerjakan solat itu atas perintahKu sedangkan solat kamu bukan atas perintahKu".

Setelah mendengar hal tersebut, Jibrail pun kembali bertanya kepada Allah, "Ya Rabbku, apakah yang Engkau berikan kepada mereka sebagai ganjaran atas ibadah mereka kepadaMu?" Maka Allah berfirman yang ertinya, "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal mereka". Malaikat Jibril kemudian meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa tersebut.

Setelah Allah memberikan izin kepadanya, maka malaikat Jibrail pun mengembangkan sayapnya dan terbang menuju syurga Ma'waa. Satu hayunan sayap malaikat Jibrail adalah sama dengan jarak perjalanan selama 3000 tahun. Maka terbanglah malaikat Jibrail selama beberapa lama perjalanan, malaikat Jibrail akhirnya kepenatan dan turun untuk singgah dan berteduh di bawah sebuah pohon. Di sana ia bersujud kepada Allah lalu berkata, "Ya Rabbku, apakah aku telah menempuh setengah atau sepertiga atau seperempat dari perjalanan menuju ke syurga Ma'waa?"

Maka Allah pun berfirman, "Wahai Jibrail, meskipun kamu mampu terbang selama 3000 tahun dan meskipun Aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan

Rabu, 26 Oktober 2011

Terjemahan doa qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Isnin, 24 Oktober 2011

Doa2 yang sepatutnya kita pohon setiap hari

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo'a apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. (Quran 2:186)

  1. Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka (2:201)
  2. Ya Tuhan kami, tuangkanlah kesabaran atas diri kami, dan kokohkanlah pendirian kami dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir. (2:250)
  3. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. (2:286)
  4. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. (2:286)
  5. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir. (2:286)
  6. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia). (3:8)
  7. Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami terhadap kaum yang kafir. (3:147)
  8. Ya Tuhan kami, sesungguhnya barangsiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka, maka sungguh telah Engkau hinakan ia, dan tidak ada bagi orang-orang yang zalim seorang penolongpun. (3:192)
  9. Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami mendengar (seruan) yang menyeru kepada iman, (yaitu): "Berimanlah kamu kepada Tuhanmu", maka kamipun beriman". (3:193)
  10. Ya Tuhan kami, ampunilah bagi kami dosa-dosa kami dan hapuskanlah dari kami kesalahan-kesalahan kami, dan wafatkanlah kami beserta orang-orang yang banyak berbakti. (3:193)
  11. Ya Tuhan kami, berilah kami apa yang telah Engkau janjikan kepada kami dengan perantaraan rasul-rasul Engkau. Dan janganlah Engkau hinakan kami di hari kiamat. Sesungguhnya Engkau tidak menyalahi janji. (3:194)
  12. Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi. (7:23)
  13. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau tempatkan kami bersama-sama orang-orang yang zalim itu. (7:47)
  14. Ya Tuhan kami, berilah keputusan antara kami dan kaum kami dengan hak (adil) dan Engkaulah Pemberi keputusan yang sebaik-baiknya. (7:89)
  15. Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan wafatkanlah kami dalam keadaan berserah diri (kepada-Mu). (7:126)
  16. Ya Tuhan kami; janganlah Engkau jadikan kami sasaran fitnah bagi kaum yang'zalim, dan selamatkanlah kami dengan rahmat Engkau dari (tipu daya) orang-orang yang kafir. (10:85-86)
  17. Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami lahirkan; dan tidak ada sesuatupun yang tersembunyi bagi Allah, baik yang ada di bumi maupun yang ada di langit. (14:38)
  18. Wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini). (18:10)
  19. Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa. (25:74)
  20. Ya Tuhan kami, rahmat dan ilmu Engkau meliputi segala sesuatu, maka berilah ampunan kepada orang-orang yang bertaubat dan mengikuti jalan Engkau dan peliharalah mereka dari siksaan neraka yang menyala-nyala. (40:7)
  21. Ya Tuhan kami, dan masukkanlah mereka ke dalam syurga yang telah Engkau janjikan kepada mereka dan orang-orang yang saleh di antara bapak-bapak mereka, dan isteri-isteri mereka, dan keturunan mereka semua. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (40:8)
  22. Ya Tuhan kami, lenyapkanlah dari kami azab itu. Sesungguhnya kami akan beriman. (44:12)
  23. Ya Rabb kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Rabb kami, Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang. (59:10)
  24. Ya Tuhan kami hanya kepada Engkaulah kami bertawakkal dan hanya kepada Engkaulah kami bertaubat dan hanya kepada Engkaulah kami kembali. (60:4)
  25. Ya Rabb kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami; Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. (66:8)

Fwd: Renungan untuk para muslimin

WAKTU MUSTAJAB UNTUK KITA BERDOA DAN MEMINTA KPD ALLAH SWT

Selain usaha dan tawakal, doa ialah satu-satunya cara untuk mencapai sesuatu hajat. Ada waktu-waktu tertentu paling mustajab untuk berdoa kepada ALLAH s.w.t. Di antaranya ialah:

1) Semasa Lailatul-Qadar.
2) Ketika hujan turun.
3) Ketika memulakan dan setelah selesai solat.
4) Ketika menghadapi barisan musuh di medan peperangan.
5) Di tengah malam.
6) Di antara azan dan iqamah.
7) Ketika sujud dalam solat.
8) Ketika iktidal akhir dalam solat.
9) Ketika khatam (tamat) membawa 30 Juz al-Quran.
10) Sepanjang malam, paling utama sepertiga awal dan sepertiga akhir (waktu sahur).
11) Malam Jumaat dan sepanjang hari Jumaat kerana mengharapkan bersua dengan saat ijabah (diperkenankan doa) yang terletak di antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.
12) Di antara waktu zuhur dan asar dan antara waktu asar dan maghrib.


Terima Kasih


PBICT

 


Selasa, 31 Mei 2011

Tarif Elektrik Naik

PUTRAJAYA, 30 Mei – Tarif elektrik akan mengalami kenaikan sebanyak 7.12 peratus berkuat kuasa I Jun ini. Bagaimanapun ia tidak akan memberi impak ke atas 75 peratus pengguna domestik.

Langkah itu sebahagian daripada proses merasionlisasikan subsidi yang sedang dilaksanakan.Di bawa keputusan itu, kerajaan mengumumkan purata tarif elektrik akan dinaikkan sebanyak 2.23 sen kilowatt sejam atau 7.12 peratus kepada 33.54 sen kw sejam daripada 31.31 sen kw sejam. Laporan Bernama Online menyebut, bagaimanapun langkah berkenaan tidak akan menjejaskan kira-kira 75 peratus penduduk yang menggunakan kurang daripada 300kw sebulan. Pengumuman berkenaan dibuat pada sidang akhbar bersama oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Menteri Tenaga, Tenaga Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin. Mereka berkata kenaikan 7.12 peratus itu disebabkan oleh peningkatan harga gas asli untuk sektor tenaga. Dalam pada itu, kenyataan media yang dikeluarkan Kementerian Tenaga, Hijau dan Air menyebut harga gas untuk sektor elektrik di Semenanjun daripada RM10.70/MMBtu kepada RM13.70/MMBtu, maka tarif elektrik di Semenanjung perlu disemak semula. “Berkuat kuasa 1 Jun 2011, kadar purata tarif elektrik akan dinaikkan sebanyak 2.23 sen/kWj atau 7.12 peratus daripada kadar purata semasa 31.31sen/kWj kepada 33.54sen/kWj,” katanya.

Kata kenyataan itu, ia melibatkan dua komponen iaitu kesan penyelarasan harga gas daripada RM10.70/MMBtu kepada RM13.70/MMBtu ke atas tarif elektrik sebanyak 5.12 peratus atau 1.60sen/kWj dan semakan tarif asas TNB iaitu kenaikan sebanyak 2 peratus atau 0.63sen/kWj daripada kadar purata tarif semasa. Ketika ini, gas asli merupakan sumber utama penjanaan elektrik di Semenanjung (54.2 peratus), diikuti arang batu (40.2 peratus) manakala selebihnya adalah daripada sumber hidro (5.2 peratus) dan ‘distillate’ (0.4 peratus). Oleh itu kata kenyataan, berikutan penyelarasan harga gas sebanyak RM3/MMBtu, maka tarif elektrik perlu diselaraskan 5.12 peratus atau 1.60sen/kWj.

Walaupun pada masa sekarang, harga arang batu di pasaran antarabangsa adalah sekitar AS$120/tan, untuk semakan tarif elektrik kali ini, katanya, kerajaan menetapkan harga arang batu untuk sektor elektrik dikekalkan pada harga AS$85/tan sepertimana diguna pakai bagi penyelarasan tarif elektrik pada 1 Mac lalu. “Selaras dengan usaha kerajaan untuk merasionalisasikan harga tenaga mengikut mekanisme harga pasaran, maka kerajaan telah bersetuju supaya mekanisme pelepasan kos bahan api diguna pakai dalam penetapan tarif elektrik di masa hadapan,” katanya.

Kenyataan itu menambah, kuantum kos bahan api yang akan dilepaskan kepada pengguna adalah dikira berdasarkan pada kos sebenar bahan api iaitu gas dan arang batu bagi tujuan penjanaan untuk tempoh enam bulan. Mengenai semakan tarif asas TNB, kata kenyataan itu, selain mengambil kira kenaikan harga bahan api, pihak kerajaan telah meluluskan permohonan TNB untuk menyemak semula tarif asas.

Katanya, keputusan telah dibuat supaya tarif asas TNB dinaikkan sebanyak dua peratus.Malah tambah kenyataan, semakan tarif asas TNB diperlukan bagi membolehkannya menampung peningkatan kos pembekalan elektrik semasa.

Rabu, 25 Mei 2011

Mari Undi BN

Blog-blog Cawangan-cawangan Bahagian Sabak Bernam

Blog-blog cawangan diibaratkan sebagai kek yang berwarna warni yang sangat digemari oleh semua orang, penampilan corak atau thema yang cantik dan menarik menjadi tarikan pembaca untuk terus menatap blog-blog ini, bahan input yang terkini juga faktur blog itu menjadi popular. Sebahagian blog cawangan-cawangan sangat aktif dan sebahagiannya lagi kurang aktif. Sesungguhnya peranan ketua Cawangan sangat penting bagi memastikan blog-blog cawangannya aktif dan boleh menceritakan aktiviti-aktiviti umno cawangan sepanjang tahun. Untuk mengikuti perkembangan blog-blog ini sila lihat blog-blog anda di sebelah kanan ini, yang kami letak di bawah pengawasan AJK biro ICT Bahagian Sabak Bernam. Kami harapkan BLOG anda umpama kek disebelah ini yang menjadi tarikan peminat-peminat blog disamping dapat menyampaikan massage bagi membantu perang saraf menjelang pilihanraya ke 13 dan juga dapat memenangi hati anak-anak muda sentiasa bermain dengan komunikasi media baru ini..

Isnin, 23 Mei 2011

Penubuhan WAR ROOM atas kesedaran pemikiran kepimpinan

KUALA LUMPUR, April 13 — Umno today asked its cyber friends to help uplift the image of the party which has come under increasing attack from various quarters, particularly the opposition.
Ahli-ahli umno disemua peringkat harus merealisasikan apa yang telah diluahkan dan ditafsirkan didalam perhimpunan yang lalu dengan cara kolektif, komprehensif dan konsistan (3K) tanpa sebarang pengucualian.
Pemimpin UMNO disemua peringkat yang telah kehilangan hala tuju dalam kedudukan dan pendekatan mereka sebagai aspirasi daripada akar umbi dan rakyat harusnya di tolak dan digantikan dengan kadar segera. Pada hemat saya UMNO kini tidak mampu lagi untuk memberikan ruang dan peluang terhadap pemimpin yang tidak dapat menjana aspirasi massa
Rakyat didahulukan kini telah menjadi kalimah untuk sesiapa juga yang ingin menjadi pemimpin atau yang bergelar Yang Berhormat- Mereka yang mempunyai berkepentingan diri sudah tiada tempat lagi didalam parti, Hukuman daripada rakyat kini dibuat secara jelas didalam keputusan PRU12 yang lalu.
Ahli UMNO kini mempunyai Hak dan kuasa yang baru didalam menentukan hala tuju pemimpin dan bersama sama membantu didalam menguruskan parti seterusnya didalam menguruskan negara.serta mencorakkan masa depan yang gemilang untuk Agama , Bangsa dan Negara.
Sebagaimana ulasan saya selepas cadangan yang dibuat oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia tentang penubuhan bilik perang atau “war room” untuk di wujudkan disemua bahagian yang sedia ada dan menangkis serangan pembangkang, saya rasa adalah lebih baik pihak UMNO bergabung terus dengan Cytroo yang sedia ada dan berpengalaman didalam pencarian maklumat , mencari kelemahan dan perlbagai kepakaran serta melatih AJK Pemuda UMNO agar tahu bagaimana untuk mematahkan hujah hujah apabila berhadapan.
Saya berani katakan 60% anggapan bahawa pemuda atau barisan AJK, Wanita, Pemuda tidak mampu menangkis serangan isu jika diterjahkan kepada mereka. Ini jelas apa bila setiap isu –isu yang berkaitan pada kebioasaannya pihak JASA akan memainkan peranan.
( Bilik Perang https://rmf7.wordpress.com/)
Jadi apalah gunanya pengumpulan data didalam “war Room” jika tiada yang berani berhujah berhadapan tidak kira didalam cyber atau pun nyata. Data yang dikumpul hanya berkisar megenai kemerosotan sokongan pemilih dan pengundi terhadap UMNO, perkara ini bukannya dijawab oleh pengundi, akan tetapi ianya harus dijawab oleh pemimpin. kerana mereka lah kemerosotan ini berlaku.
Didalam artikel saya yang lalu. (Kajian sikap pengundi atau Kajian sikap Pemimpin https://rmf7.wordpress.com/ ) ada menyatakan bahawa kajian sikap Pemimpin adalah lebih penting jika dibandingkan dengan kajian sikap pemilih atau pengundi. Kerana pemilihan pemimpin adalah dibuat oleh rakyat dan akar umbi. Rakyat sedang menolak pemimpin yang mementingkan diri sendiri-Ini semuanya telah dibuktikan secara jelas didalam Piliharaya 12 yang lalu.
Pemimpin yang ada sekarang adalah berdasarkan perjuangan materialistik bukan atas dasar pejuangan untuk Agama , Bnagsa dan Negara, Penyataan saya ini adalah berdasarkan isu-isu yang telah dibangkitkan oleh pihak pembangkang- dan juga beberapa isu dari pemimpin UMNO sendiri.
Di dalam isu isu yang amat sensitif sekali pun masih terdapat pemimpin yang di tampok pemerintahan tidak berani menyanggah atau mengeluarkan kenyataan membidas- atau mempertahan kan kedaulatan sesuatu isu. Kenapa?
Penubuhan “war room” telah pun di laksanakan dan boleh dikatakan semua bahagian bahagian umno didalam negeri telah menuhubkannya. Penubuhan “War Room” ini adalah bertujuaan perkara yang berkaitan dengan kekuatan dan kelemahan pihak lawan dan juga strategi untuk berhujah berdasarkan fakta.Data data demografi pengundi bukan pilihan, yang mana semua aspek diambil kira untuk meraih kemenangan dan meraih sokongan daripada akar umbi terhadap parti, Apakah ini akan dapat membantu jika sekiranya tiada kesedaran dikalngan pemimpin itu sendiri?
Berbicara tentang “war room” sudah semestinya ianya mempunyai Jeneral yang mengetuai segenap operasi yang akan dijalankan. Jika didalam keadaan ini setiap ketumbukan perang menpunyai askar-askar yang bersedia untuk menepis. Menangkis setiap genap penjuru serangan yang dibuat oleh pihak musuh- akan tetapi mampukah mereka? atau adakah UMNO Bahagian dan Negeri mempunyai ketumbukan askar yang berani bersama sama Cytroo dialam cyber atau nyata menyanggah kenyataan pembangkang dengan fakta.?
Dan askar askar yang dipilih oleh “Jeneral” ( Side War ) ini sudah cukup lengkap untuk masuk kelapangan dan membentuk. Mengolah,Mengkaji mengulas dengan butiran lengkap isu-isu yang dibangkitkan dengan fakta bukan dengan bercakap untuk menang.( hujah macam budak darjah 2C ) -berdasarkan pengalaman yang lalu.
Jika kewujudan bilik perang ini hanya sekadar retorik cadangan dari KP UMNO Malaysia Sdr. Khairy Jamaluddin, maka saya beranggapan bahawa Ketumbukan UMNO sekarang kini sudah ketinggalan 10 tahun kebelakang didalam persediaan bilik perang-
Jika dulu- mereka mereka ini telah menubuhkan bilik perangnya sendiri iaitu KPMU. Untuk menyaingi KMU.NET didalam isu isu yang dibangkitkan dengan membayar beberapa orang didalamnya “War Room” untuk mengeluarkan. Mengumpulkan data, fakta dan hujah dalam beberapa isu nasional yang dibangkitkan oleh pihak pembangkang dan juga pihak pro umno, akan tetapi kedangkalan Admin dan peneraju didalam isu telah menjadikan bilik perang tersebut gagal berfungsi sebagimana sepatutnya. Sehinggakan saya di banned selama 2 tahun kerana mempertikaikan hujah hujah yang dikemukakan oleh KPMU .
Ketiadaan pengalaman untuk mematahkan hujah, kegagalan pengalaman didalam dunia cyber, kegagalan didalam rangkaian bersama blogger dan cytroo adalah punca utama kegagalan bilik perang yang hanya ‘Gah” di mata penyokongnya..
Kini selepas perhimpunan agong UMNO yang lalu, sekali lagi cadangan bilik perang telah dicadangkan semula tetapi kali ini dengan melibatkan semua bahagian dan negeri dengan terlantiknya “Side War” .( Ulasan saya didalam Bilik Perang https://rmf7.wordpress.com/ )
Bagi pihak saya dan pandangan saya sebagaimana saya nyatakan diatas “War Room” ini hanya berfungsi serta berkemampuan untuk mengumpulkan data data pilihanraya, data pengundi, data status pengundi, Stategi terhadap pengundi dimasa pilihan raya dan sebagainya .
Itu adalah diantara tugasan yang mungkin akan dilakukan oleh “War Room” akan tetapi mampukah didalam “War Room” mengupas isu sebenar yang berada dihadapan mata yang mana berubah-ubah corak serangan dilakukan oleh pembangkang? Kerana saya percaya mereka tidak mampu…
Terus terang saya kata bahawa saya belum lagi melihat dikalangan hardcore “War Room” dan “Side War” sepanjang penubuhannya berada didalam maya untuk memberikan sokongan kepada cytroo didalam penyaluran maklumat , strategi, untuk bersama-sama menumbangkan pembangkang, memujuk, dan menyakinkan mereka untuk memberikan sokongan kembali kepada UMNO/BN.
Begitu juga di peringkat nyata, tiada dikalangan AJK Pemuda Bahagian. Wanita bahagian, puteri, yang mampu bersaing diperingkat hadapan dengan isu isu terkini untuk di perdebatkan, akan tetapi mereka ini (AJK ) cukup mahir didalam mengesan “projek” dan tanah .serta mengampu ketua bahagian. ( mengikut apa yang di salurkan kepada saya )
Apa yang disalurkan itu ada logiknya, kerana saya ada terbaca bahawa sebilangan besar daripada mereka ini adalah “Buta IT” Ini bermakna jika mereka ini ditahun 1970an.. mereka ini adalah dikalangan yang ‘Buta Huruf” dan ini sudah tentu tidak melayakkan mereka memegang jawatan jawatan di dalam parti dimana penyaluran maklumat yang begitu terkini dan kajian kajian dan capaian maklumat dibuat menggunakan komputer. Alasan itu juga logic daripada yang kita lihat daripada perkembangan terjahan isu daripada pembangkang –semuanya dijawab oleh orang lain. Mereka ini hanya mampu “Sokong!!! Saya Sokong!!! “ dan mereka juga dipilih kerana cantik… macam akademi fantasia pulak…Hanyutttttttt!! UMNO kalau ada jenis ini…
Jika benar UMNO ingin menghasilkan satu generasi yang yang mampu berhujah dengan fakta, seharusnya mereka ini dilatih melakukan research dari dalam dan luar negara tentang isu yang dibangkitkan seperti –sesama tau sudah la…
Dan banyak lagi isu isu yang telah menjadi modal kepada pembangkang menjahanamkan BN/UMNO tanpa sebarang hujahan bidasan yang cukup jelas dari pada pihak yang dipertanggungjawabkan.
Didalam isu isu yang menjatuhkan maruah Agama. Bangsa dan Negara juga maruah UMNO/BN sebagaimana yang saya nyatakan diatas- Berapa banyakkah kajian data, yang telah dibuat oleh “War Room” untuk diterjemahkan didalam penghujahan secara jelas untuk menyanggah kepalsuan isu yang dibangkitkan.
Persoalan nya disini dimanakah “ Side War” yang dilantik dan dibayar untuk tugasan ini. Jawapannya “TIADA” . Ya!! Tiada diantara pemimpin atau “Side War” atau anggota dari “War Room” yang berani tampil membuat sanggahan. Jadi disini kita dapat melihat apakah fungsinya “War Room” dan Side War” sebenarnya? Atau hanya sebagai tempat pengumpulan data dan bahan untuk ceramah ceramah yang mana akan digunakan semasa berkempen.
Semua isu isu telah dimainkan oleh pembangkang dah telah di terjah dan di sanggah dengan aggresif oleh cytroo-cytroo didalam Cyber War dan juga didalam Blog blog untuk memulihkan kembali keyakinan rakyat terhadap kepimpinan BN/UMNO – walaupun mereka ini tidak di bayar dan disokong oleh UMNO sendiri. Tetapi dimanakah “Side War” dan anggotanya didalam “War Room” untuk membantu.
Sebagaimana yang telah dikatakan oleh Perdana Menteri dan Timbalannya- UMNO tidak akan mengamalkan konsep bertahan lagi- serangan seharusnya dilakukan semula- serangan demi serangan untuk mematahkan isu isu yang dibangkitkan pembangkang-
Tetapi siapakah yang akan melakukan serangan tersebut? Adalah menjadi harapan Perdana Menteri Malaysia agar ruangan cyber digunakan sepenuhnya untuk menyanggah fitnah-fitnah yang dibawa oleh pembangkang .ini termasuk pembinaan Blog, Forum.FB, Cyber War dan lain lain lagi alternative untuk menyahut seruan tersebut.
Saya percaya dengan mengwujudkan “War Room” dan “ Side War” saya cukup yakin UMNO/BN kini telah mempunyai anggota yang cukup berani untuk mematahkan serangan tersebut, Jika di Perak Dato Khusairy Talib pada kebiasaannya akan menyanggah didalam Blog beliau, Dato Hamidah , MP NIzar Zakaria didalam Cyber War bersama cytroo berjuang mematahkan hujah hujah pembangkang.
Tetapi dimanakah “Side War” dari mana mana Negeri yang telah ada “War Room” bersama-sama ketumbukannya askar -askarnya untuk melakukan serangan balas? Jika ingin mengwujudkan “War Room” yang betul betul berkesan lakukan dengan cara yang bertepatan, bukan hanya sebagai tempat untuk pengumpulan data semata-
Kemampuan ini akan dapat menyalurkan maklumat tepat, tentang semua perkara berhubungkait dgn persoalan kenapa dan mengapa sesuatu isu dimainkan, bagimana untuk melakukan recovery semula,kenapa dan mengapa pengundi menolak kepimpinan UMNO/BN walaupun mereka didalam UMNO/BN juga. Perkara ini amat penting untuk dikaji.
Contoh isu 1 yang nyata : Kenyataan –kenyataan CSL tempoh hari telah menyebabkan banyak pihak bersuara dengan rasa tidak puas hati kerana ianya dilakukan oleh komponen BN sendiri- Akan tetapi dimanakah pemimpin pemimpin UMNO/BN atau “Side War” atau anggota “War Room” di peringkat negeri dan bahagian menyanggah kenyataan tersebut? Sehingga Tim. Perdana Menteri yang bersuara?
Contoh isu ke 2 yang nyata “ Kenapa sebahagian ahli UMNO/BN menolak kepimpinan Khairy Jamaluddin dan menyatakan dia merupakan Liabiliti terhadap UMNO/BN?- Ini contoh isu perpecahan sokongan kepimpinan didalam UMNO/BN sendiri- Untuk jawapannya kajian dasar terpaksa dilakukan bukan atas dasar kepentingan peribadi akan tetapi sebagai satu jalan untuk meleraikan isu dan mengukuhkan parti- Walaupun pahit keputusannya. ( KJ Liabiliti kepada UMNOhttps://rmf7.wordpress.com/)
Contoh 3: Didalam Isu menterbalikkan bendera. Membakar bendera, mempermainkan perlembagaan, Lagu negaraku, kenapa tiada tekanan yang dibuat oleh Pemimpin UMNO/BN terhadap isu ini. Sehingga KDN terpaksa akur dengan karenah-karenah ini hanya dengan AMARAN yang telah diberikan dan sekali gus merosakkan maruah Agama, Bangsa dan Negara. Sikap tidak tegas terhadap isu demi kesinambungan karier politik telah menyebabkan mereka berani melaku dan terus melakukannya lagi. (Ketegasan KDN dituntut https://rmf7.wordpress.com/)
Jika ini berlaku adalah menjadi tanggungjawab “ Side War” dan “War Room” memikirkan kaedah yang seharusnya diambil , kerana ianya telah melibatkan maruah parti. Maruah Agama, maruah Bangsa dan maruah Negara yang dimainkan didalam arena politik yang semakin hari cukup untuk kita kehilangan sabar.
Saya pernah diberitahu oleh seseorang daripada penjawat didalam wanita UMNO dalam Bahagian yang menyatakan bahawa pemegang jawatan didalam wanita tidak dibenarkan untuk membantu cytroo didalam FB untuk perang cyber- dengan alasan takut keterampilan sebagai penjawat dalam wanita umno terjejas begitu juga pengakuan seorang dalam Bahagian UMNO yang menyatakan bahawa mereka tidak akan memperdulikan isu isu yang dibangkitkan kerana tidak akan memberikan pulangan kepada mereka. Ini kah pemimpin UMNO/BN?
Jika demikian anggota-anggota atau ahli penjawat didalam UMNO dan tertubuhnya “War Room” maka saya beranggapan
Bahawa “WAR ROOM” TIDAK UBAH SEBAGAI RETORIK POLITIK SEMATA-MATA BUKAN DENGAN TUJUAN YANG SEBENAR- HANYA UNTUK MATLAMAT PRU13 UNTUK DIRI SENDIRI ATAU JAWATAN PERDANA MENTERI.
Sebagai Blogger dan juga Cytroo , saya akan menentang ahli politik dan ahli UMNO itu sendiri yang cuba mengaburi mata akar umbi dgn retorik “Kurang Akal” terutama“Liabiliti Dalam UMNO” didalam keadaan UMNO/BN memerlukan sokongan akar umbi untuk meneruskan agenda Melayu didalam pemerintahan sebagaimana sebelum ini.
Jika demikian dan jika ianya masih berlaku sememangnya UMNO tidak berubah dan terus tidak mahu berubah walaupun negara tergadai. Nyanyian “anak kecil main api”sudah tidak relevan dimata mereka , Jika wanitanya dengan bertudung jambul dan bergelang besar, Puteri dikatakan sebagai rebutan gandingan pemuda , projek rebutan. kuasa ditamakkan, Jadi tidak hairanlah mengapa masih ada kes kes terpinggir dikalangan akar umbi- Siapa yang mahu ambil peduli?
Lima tahun sekali kain batik diberikan – bukan tanah sebagai pemberi rezeki- Kerakusan pemimpin baru tidak sabar-sabar mengejar gelaran “YANG BERHORMAT” yang mana setengah daripadanya tak pernah kenal akar umbi yang hanya mengampu ketua bahagian sedang menampakkan keruntuhan UMNO/BN itu sendiri-
Sekarang rakyat sedang membuat penilaian. pemerhatian, siapakah pemimpin yang mampu membela mereka, bukan sekadar membela “orang-orang tidak berguna “didalam Bahagian dan cawangan demi kesinambungan politik diri sendiri .Malah orang orang yang meruntuhkan umno dari dalam pula disanjung didalam bahagian kerana ketakutan ketua bahagian diancam “ Jawatan Pusaka”nya.
Sayu hati saya bila melihat apa yang sedang bergolak sekarang : Retorik politik Liabiliti dalam UMNO masih lagi tak berkesudahan; Kehancuran yang dibawa oleh mereka masih tidak meyedarkan pemimpin Melayu. Dan kajian harus dibuat mengenai “War Room” dengan ertikata lain.. Sejauh manakah kemampuan pemimpin didalam “War Room” UMNO? Sedangkan mereka tidak mampu langsung untuk bersuara kerana takut kehilangan jawatan mereka.
Anak kecil main api,
Terbakar hatinya yang sepi,
Air mata darah bercampur keringat,
Bumi di pijak milik orang.
Sepertimana didalam artikel saya yang lepas-
Jangan Salahkan Pengundi jika PRU13?
…………Fikir-fikirkan lah…………
*** Semua yang ditulis ini adalah berdasarkan maklumat-maklumat sahih dari bahagian- bahagian umno dibeberapa buah negeri . rujukan https://rmf7.wordpress.com/2010/08/30/sejauh-manakah-kemampuan-pemimpin-dan-%E2%80%9Cwar-room%E2%80%9D-umno/

Rabu, 2 Mac 2011

Senarai nama orang terkaya di Malaysia.. apa pendapat anda

Senarai individu terkaya di Malaysia 2011 telah pun dikeluarkan pihak media. Yang kaya menjadi semakin kaya.Hanya tahniah yang kami mampu ucapkan. Bilangan rakyat Malaysia yang mempunyai aset lebih RM 1 Bilion meningkat kepada 27 orang tahun ini berbanding 22 orang tahun lalu.
Gabungan aset 40 individu paling kaya di negara ini juga meningkat sebanyak 30% kepada RM 206.27 bilion daripada 156.7 bilion.Robert Kuok yang kembali semula dalam perniagaan gula tahun lalu terus mengekalkan kedudukannya sebagai orang paling kaya Malaysia dengan aset bernialai RM 50.04 bilion.
Jutawan komunikasi, Ananda Krishnan di tempat kedua dengan RN 45.78 bilion, meningkat 70 peratus daripada tahun lalu.Kedudukan ketiga pula milik Tan Sri Teh Hong Piow, yang melonjak satu anak tangga dengan aset RM 12.77 bilion.
Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary mengekalkan kedudukannya sebagai orang melayu terkaya di Malaysia.Pendapatan asetnya meningkat sebanyak 50% kepada Rm 8.84 bilion. Berikut di bawah adalah senarai lengkap 10 rakyat malaysia paling kaya 2011

Khamis, 17 Februari 2011

Najib: 1Malaysia kesinambungan konsep kepimpinan terdahulu

KUANTAN, 18 April — Konsep “1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan” bukan sekadar satu slogan sebaliknya merupakan kesinambungan konsep daripada dua kepimpinan terdahulu dalam membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata konsep berkenaan adalah ramuan serta formula pentadbiran dalam proses negara menuju Wawasan 2020 serta menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang seperti yang diperjuangkan perdana menteri keempat dan kelima iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“Bagaimana proses nak sampai kepada matlamat kita, nak sampai pada destinasi, maka tidak lain dan tidak bukan ialah 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan.

“Insya-Allah, kalau berpegang pada konsep ini, kita akan menjadi negara maju, kita akan jadi cemerlang, gemilang dan terbilang,” katanya dalam ucapan pada majlis Sambutan Meraikan Perdana Menteri di padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) 1 di sini, hari ini yang dihadiri kira-kira 40,000 orang.

Ini merupakan kepulangan pertama anak kelahiran Kuala Lipis itu ke negeri Pahang selepas dilantik menjadi Perdana Menteri pada 3 April lepas.

Turut hadir ialah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk S.K Devamany.

Najib berkata bersandarkan konsep itu, tumpuan kepada pembangunan dalam menjadi sebuah negara maju akan diseimbangkan dengan keperluan rakyat tanpa mengira kaum.

Beliau bagaimanapun berkata, untuk menjayakan misi itu, rakyat segenap lapisan perlu mengubah minda supaya tidak terkongkong dengan cara pemikiran lama.

Katanya, 1Malaysia akan berjaya jika rakyat saling bantu membantu tanpa mempersoalkan status kaum masing-masing.

Najib turut mengingatkan pemimpin Barisan Nasional (BN) mengubah minda supaya tidak hanya mementingkan jawatan dan kuasa sebaliknya peka dengan persekitaran dan pemikiran rakyat pada masa ini. “Jangan kita ralit dengan proses dalam parti kita, jangan kita utamakan hanya hendak jawatan, kempen beria-ia siang malam, tapi masa pilihan raya K.O,” katanya.

Perdana Menteri berkata BN perlu bangkit untuk menunjukkan kemampuan sebenar sebelum diadili oleh suara rakyat pada pilihan raya akan datang.

Rabu, 16 Februari 2011

Nama Biro, Objektif, Visi , Misi











NAMA : BIRO ICT DAN BLOG

OBJEKTIF :
  • Mewujudkan dan memupuk masyarakat berpengetahuan ICT.
  • Menyuburkan budaya dan cara hidup menggunakan teknologi maklumat dikalangan ahli umno.
  • Menyediakan ruang kepada ahli untuk melibatkan diri dalam arus perkembangan teknologi maklumat.
  • Merapatkan jurang digital di kalangan ahli umno melalui komunikasi maya dan penggunaan aplikasi teknologi maklumat.
MISI:
  • Melahirkan generasi celik ICT dan memertabatkan Umno dlm bidang ICT.
  • Menyalur maklumat kepada ahli, cepat dan tepat.
  • Menjawab, menangkis semua fitnah , tohmahan dalam komunikasi maya.
  • Mengungguli kemahiran ICT di peringkat Nasional.
VISI:
  • Melmpertahankan UMNO dalam perang cyber, menjuarai dan memenangi hati rakyat melalui komunikasi terkini.
  • Meenangi pilihanraya ke 13.

Selasa, 15 Februari 2011

Sambutan Maulidul Rasul Meriah


Sambutan Maulidul rasul meriah di seluruh negara dengan tema 1 malaysia 1 ummah